Dapat email dr seorang teman Sebuah Kutipan yg indah untuk direnungkan bersama.... Tanpa kita sedari penyebab utama mungkin ada pada diri kita sendiri
Setiap orang pasti memiliki harapan. Namun tidak semua harapan dapat dicapai atau dipenuhi. Kita mungkin telah berusaha sedaya yang termampu atau seduah berulang kali berdoa, tetapi harapan tetap tidak kesampaian. Dimanakah silapnya – ikhtiar atau doa kita?
Saudaraku, kita melakukan tindakan yang betul dengan tidak terburu buru atau menyalahkan atau berburuk sangka kepada Allah jika doa-doa kita tidak dimakbulkan-Nya,
Ini kerana tidak ada yang menghalang terkabulnya doa dan datangnya pertolongan Allah selain daripada kita sendiri.
Ada nasihat menarik daripada Ibnu Athailah: “ Jangan menuntut Allah kerana terlambatnya permintaan yang telah engkau panjatkan kepada-Nya. Namun hendaknya engkau memperbetulkan diri. Tuntut dirimu supaya tidak lambat melaksanakan kewajipan-kewajipanmu kepada Allah”.
Jadi, terhalangnya pengabulan doa bukan kenara Allah tidak mahu memberi. Penyebab utamanya ada pada diri kita sendiri iaitu kita tidak bersungguh-sungguh dalam memenuhi hak-hak Allah.
Kerana itu kita harus berusaha membetulkan diri kita sendiri.
Sudah betulkan ibadah kita? Sudah bulatkan pengharapan kita kepada Allah? Bersungguh-sungguhkan kita dalam taat kepada Allah? Kalau belum jangan menyalahkan sesiapa pun jika pertolongan Allah tidak tiba.
Lihatlah ibadah kita, apakah sudah betul dan maksimum? Apakah kita tergolongan dalam golongan orang yang gemar melakukan amal-amal yang disukai Allah - mencintai masjid, menjaga solat berjemaah dan solat tepat pada waktunya, tahajud, bersedekah dalam senang atau susah, gemar menolong orang, zikir setiap waktu, dan sebagainya.
jika ibadat-ibadat utama sahaja kita kurang bersungguh-sungguh, maka bagaimana mungkin pertolongan Allah akan dating?
Rasulullah saw bersabda: “Tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada apa-apa yang telah Aku wajibkan kepadanya, dan hamba-Ku itu selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-pekara sunnah di luar yang fardu), maka Aku akan mencitainya jika Aku menjadi pendengarnya yang dia gunakan untuk mendengar, menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, menjadi tangannya yang dia gunakan untuk memukul dan menjadi kakinya yang dia gunakan untuk berjalan . Jika dia meminta kepada –Ku nescaya akan Aku berikan dan jika dia minta perlindungan daripada-Ku nescaya akan Aku lindungi. (Hadis riwayat Bukhari)
Menurut hadis ini, kunci datangnya pertolongan Allah, kunci pembuka rezeki, ilmu dan segala kebaikan, adalah ketakwaan dan kesungguhan kita melaksanakan amal-amal yang dicintai Allah.
Allah swt berfirman (yang bermaksud):
Barang siapa bertakwa kepada Allah nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (surah Ath-Thalaaqi: 2-3).
Saudaraku, membangun ketaatan kepada Allah dalam ibadah-ibadah fardu dan sunat dicampur dengan keterkaitan hati kepada-Nya adalah asas bangunan keimanan seorang hamba.
Tanpa asas ini, tidak berguna ketinggaian ilmu, kecanggihan pengurusan, ikhtiar yang maksimum atau melimpahnya kekayaan. Semuanya akan berhubung pada bencana dan putus asa.
Saudara ku, perlu ditegaskan lagi bahawa tugas kita ada tiga. Pertama meluruskan niat. Kedua, menyempurnakan ikhtiar. Ketiga, bertawakal sepenuh hati kepada Allah.
Sekiranya kitta sudah melaksanakan semua itu, namun apa yang kita hajatkan belum juga terkabul maka yakinlah bahawa Allah tidak akan menyia-nyiakan sekecil mana pun amal hamba-Nya.
Allah pasti akan memberikan yang terbaik. Kewajipan kita hanyalah berusaha. Hasil sepenuhnya ada dalam genggaman Allah.
( Dikutip dr)
Urusan Kalbu
KH AA GYM